Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen
ke-21 Universiti Brunei Darussalam bertempat di Dewan Plenary Pusat
Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Sabtu, 12 Zulkaedah 1430 /
31 Oktober 2009
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya
Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina
Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada pagi ini.
UBD dalam usianya baru menjangkau hampir suku abad, sudah dapat kita banggakan hasil perkembangannya, terutama dalam aspek sumbangan kepada perkembangan sumber tenaga manusia di Negara Brunei Darussalam. Beta sangatlah gembira kerana semakin ramai anak tempatan memperolehi kelulusan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Beta ingin melihat lebih ramai lagi mereka itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lepasan ijazah, terutama jika mereka menjadikan Universiti Brunei Darussalam sebagai salah satu universiti pilihan.
Di UBD sekarang ada ditawarkan satu program dikenali sebagai Program GenNext. Beta percaya langkah ini perlu untuk melengkapkan lagi para pelajar kita bagi menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.
Beta juga mahu melihat peningkatan jumlah tenaga akademik tempatan yang berjawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya. Namun dalam pada itu, kita tidak menggalakkan hanya untuk meningkat semata-mata, tetapi peningkatan itu mestilah betul-betul menepati criteria kelayakan, sebagaimana yang diamalkan oleh universiti-universiti yang berprestij di dunia.
Maka untuk itu, calon-calon Pensyarah Kanan dan Profesor Madya itu hendaklah betul-betul memenuhi syarat-syarat yang diperlukan, di antaranya mesti kreatif dan gigih melakukan penyelidikan-penyelidikan serta menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu.
Semua ini akan turut menjadi sukat-sukat kepada tahap kualiti mereka. Tanpa penyelidikan dan hasil-hasil kreatif itu, maka akan sukarlah untuk kita bercakap mengenai kualiti.
Khusus mengenai penyelidikan, beta ingin melihat warga universiti, sama ada tenaga akademik mahupun para pelajarnya, akan bergiat aktif dalam penyelidikan. Kerana itu beta turut berbangga manakala UBD menubuhkan kelompok kajian atau research clusters dalam pelbagai bidang. Beta yakin, dengan adanya kelompok ini, akan dapat menarik para pengkaji yang berkaliber, yang meliputi dari dalam dan luar negara. Ia juga diharapkan dapat menyuntik minat pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa untuk mengikuti program pasca ijazah di UBD dan akan mengmbil salah satu dari kelompok ini untuk jadi bahan kajian mereka.
Demikian juga seperti beta dimaklumkan, bahawa satu usaha untuk mendedahkan para pelajar kepada pendidikan di luar kampus akan diperkenalkan pada ‘Tahun Penemuan’ atau ‘Discovery Year’ pada tahun 2011. Ia akan berjalan sama ada melalui khidmat masyarakat, projek inovasi, penempatan kerja di dalam dan di luar negara, ataupun pengajian selama satu atau dua semester di universiti atau institusi luar negeri yang tersohor.
Malah beta sangatlah bersetuju dengan langkah UBD menubuhkan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan, pada Januari tahun ini, supaya ia dapat menawarkan program-program latihan yang berhubung kait dengan aspek-aspek kepimpinan, inovasi, perubahan minda dan pembangunan eksekutif.
Beta difahamkan, program-program ini dijalankan oleh pakar-pakar dan ahli-ahli profesional yang prominen, dalam dan luar negeri.
Langkah UBD ini sama maknanya, dengan kita sedang menyiapkan diri untuk memperolehi pemimpin-pemimpin yang baik lagi berwibawa di masa depan.
Beta melihat UBD ini sedang berkembang dengan rancaknya, dan salah satu perkembangannya yang menarik ialah penaikan taraf Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah kepada sebuah institut pasca ijazah atau Graduate School pada awal tahun ini. Semoga ini juga akan jadi wadah untuk melahirkan guru-guru yang lebih berilmu dan matang.
Untuk akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua para graduan dan penerima sijil pada hari ini di atas kejayaan mereka dalam pengajian masing-masing dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi.
Beta juga ingin mengmbil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis dan Senat Universiti, Naib Canselor, pegawai-pegawai utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka, semoga Allah jua yang akan mengurniakan ganjaran-Nya berupa rahmat dan taufiq.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment