Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di
Majlis Anugerah Kampung Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 bertempat
di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada Hari Sabtu, 28 Safar
1431H / 13 Februari 2009M
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah, beta bersyukur kerana dapat menghadiri Majlis Anugerah Kampung Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 yang julung-julung kali diadakan di negara ini.
Anugerah Kampung Cemerlang ini selaras dengan usaha kerajaan beta untuk meningkatkan kemajuan dan kesejahteraan rakyat yang lebih ‘sustainable’ di negara ini.
Ia boleh berperanan untuk mewujudkan perubahan dinamik kepada kampong-kampung dalam pelbagai segi, seperti kebrsihan, keharmonian dan ketenteraman, serta bukan itu saja, malah juga mampu untuk menjadi landasan kepada pelbagai perubahan sosioekonomi masyarakat setempat.
Apa yang kita mahu dari rakyat dan penduduk, khasnya mereka yang memiliki tubuh badan yang sihat, ialah rajin berusha meningkatkan diri dan kemahiran yang boleh menolong mereka mencari rezeki atau menambahkan pendapatan.
Sifat ini sangatlah disukai oleh ugama, kerana dengannya, akan menjadikan seseorang lebih berdikari dan percaya kepada diri sendiri. Sifat ini juga, nisbah kepada masyarakat, akan mengangkat mereka ke tahap masyarakat produktif yang berkualiti.
Majlis Perundingan Mukim dan Kampung adalah perlu untuk menjadi jentera penggerak, pemikir dan perancang bagi pembangunan masyarakat di kawasan masing-masing. Tanpa penglibatan majlis ini yang disertai oleh Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, semua rancangan mungkin saja tidak berkesan. Oleh itu penglibatan mereka adalah penting.
Pada masa ini, beta turut mengambil maklum, bahawa terdapat banyak kampung-kampung yang menghasilkan produk-produk di kampung masing-masing, termasuk bidang pertanian dan kraftangan. Akan tetapi, ianya masih di tahap berskala kecil dan menghadapi ‘constraint’ tertentu. Namun ia adalah merupakan satu langkah murni dalam merealisasikan hasrat kerajaan beta bagi projek ‘Sebuah Kampung: Satu Produk’.
Usaha seperti ini, tidak diragukan lagi, boleh membantu menjelmakan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat.
Apa yang kita harapkan, produk-produk kampung ini akan meningkat menjadi produk-produk tempatan yang berskala besar, yang mendapat pasaran lebih meluas. Sementara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pula, hendaklah bersedia untuk membantu.
Beta percaya, dengan adanya usaha ini, akan membolehkan kita menikmati banyak manfaat, terutama manfaat percaya kepada diri sendiri dan membuang sikap lemah suka bergantung semata-mata kepada bantuan-bantuan.
Perubahan sikap seperti ini, di samping menolong diri sendiri, juga boleh mempercepatkan lagi usaha kerajaaan meninggikan taraf hidup rakyat.
Dalam menikmati kehidupan biasa, janganlah pula kita lupa adanya kampung-kampung atau kawasan-kawasan yang diancam oleh aktiviti-aktiviti jenayah atau gejala sosial. Pihak-pihak berwajib janganlah memandang ringan perkara ini. Hari ini kita mungkin menganggapnya kecil, tetapi jika sudah parah, kita susah membanterasnya.
Penduduk-penduduk kampung atau kawasan-kawasan berkenaan berserta Penghulu, Ketu Kampung dan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Jawatankuasa Kejiranan Kampung, hendaklah berganding bahu dengan pihak-pihak berwajib untuk mengambil tanggungjawab ini.
Kita tidaklah mampu untuk membiarkan sebarang penjenayah atau pelaku gejala sosial menggunakan negara ini sebagai markas atau pangkalan mereka . Kerana kita sangat memahami, bahawa jenayah dan gejala sosial itu cukup mengganggu pembangunan dan keselesaan. Kita tidak mahu pembangunan kita tergugat serta keselesaan terganggu.
Inilah saja yang ingin beta sampaikan.
Akhirnya, beta sukacita mengucapkan tahniah kepada kampung-kampung yang berjaya dan berharap, mereka itu akan menjadi ‘role model’ kepada kampung-kampung yang lain.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:
Post a Comment