Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66
Tahun pada 25hb. Sya’aban, 1433 / 15hb. Julai, 2012
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah
Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden,
Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,
Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah,
syukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah
kurnia-Nya jua, dapatlah istiadat bagi meraikan Hari Keputeraan Beta
pada pagi ini berjalan dengan baik dan lancar.
Pertama-tama, Beta
ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada para tetamu khas Beta, yang sudi hadir ke Istiadat ini, dan juga
kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada
Beta serta keluarga, bersempena perayaan ini.
Dalam apa jua
keadaan dan suasana ketika menyambut keraian ini, kita hendaknya jangan
terlepas pandang dari mensyukuri nikmat Allah kepada kita dan negara,
berupa keamanan dan kesejahteraan.
Beta juga bersyukur mempunyai rakyat yang bersatu-padu dan bertanggungjawab untuk sama-sama memelihara nikmat yang agung ini.
Dari keamanan akan wujud kestabilan, dan dari kestabilan memungkinkan kita lebih rancak untuk menggarap kemakmuran.
Oleh itu, semua lapisan rakyat adalah berkewajipan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan tersebut.
Dengan nikmat rezeki serta kestabilan yang ada, Kerajaan Beta insya Allah, akan meneruskan agenda pembangunan di dalam negara.
Pada
tahun ini kita telah memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 iaitu
RKN kedua bagi membantu kita merealisasikan Wawasan Negara 2035. RKN
pada kali ini lebih menekankan kepada usaha memperkasa keupayaan tenaga
kerja, selari dengan teknologi baru dan innovasi, disamping memberikan
perhatian kepada kemudahan prasarana, pendidikan, kesihatan,
perhubungan, perumahan, riadhah serta tempat-tempat beribadat. Langkah
ini diharapkan mampu untuk membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan
ekonomi, standing dengan kadar pertumbuhan ekonomi serantau.
Oleh
itu adalah sangat mustahak bagi kita mempastikan perlaksanaan
perojek-projek dibawah RKN Ke-10 ini berjalan dengan menepati sasaran
waktunya. Janganlah ada yang tertinggal di belakang, apatah lagi yang
terbantut.
Beta amatlah gembira mendapati, pendekatan baru kita
dalam menyediakan perumahan untuk rakyat telah menampakkan hasil yang
menggalakkan. Bilangan rumah-rumah yang telah siap dan yang sedang dalam
pembinaan, ternyata berupaya untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi
pemohon-pemohon.
Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan perumahan
bagi rakyat ini, Beta telahpun memperkenankan beberapa inisiatif untuk
dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti berikut:
Pertama
– Untuk tidak megenakan bayaran premium tanah bagi pembaharuan pajakan
tanah yang tidak melebihi 1 ekar, yang diatas tanah berkenaan sudah
terdapat rumah kediaman pemilik atau untuk didirikan rumah kediaman bagi
tujuan yang sama.
Kedua – Satu Skim Tabungan
Perumahan, diwujudkan khusus untuk ahli-ahli TAP rakyat Negara Brunei
Darussalam. Keutamaan mengujudkan Skim ini ialah sebagai bantuan kepada
ahli-ahli TAP yang berpendapatan rendah.
Skim sukarela atau voluntary ini,
akan melayakkan peserta-pesertanya untuk menerima manfa’at-manfa’at
tertentu, antaranya jaminan pemberian pulangan tahunan dengan kadar
tertentu; dan bagi peserta yang pendapatan keluarganya (household income) tidak melebihi $4,000 sebulan, akan layak untuk dihulurkan bantuan Kerajaan berjumlah tidak melebihi $25,000.
Ketiga -
Bagi anggota Perkhidmatan Awam, Beta juga telah memperkenankan satu
Skim Pinjaman Kewangan Perumahan di Jabatan Perbendaharaan untuk
dikemaskinikan dan disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masakini.
Melalui perubahan tersebut, jumlah kemudahan kewangan yang boleh
dipohonkan bagi membina atau membeli sesebuah rumah, akan ditambah
kepada 60 bulan daripada gaji pokok, berbanding hanya 48 bulan yang
dibenarkan pada masa ini, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Kemudahan kewangan tersebut juga akan dilaratkan bagi pembelian tanah
bagi pembinaan rumah berkenaan dengan menggunakan peruntukan tidak
melebihi 24 bulan daripada gaji pokok bagi kemudahan kewangan tersebut.
Dengan
bantuan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, Beta percaya
ianya akan dapat meringankan beban kos pemilikan rumah dikalangan
golongan-golongan tertentu di Negara ini, terutama mereka yang
berpendapatan rendah.
Walau bagaimanapun, Beta berharap, dengan
adanya bantuan dan kemudahan ini, akan menggalakkan lagi orang ramai
untuk sentiasa berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan.
Sebagai
usaha Kerajaan dalam pembangunan Negara yang lebih menyeluruh, satu
berita baik, setelah selesainya kajian feasibility, Kerajaan Beta
sekarang ini sedang merancang dengan terperinci bagi pembinaan sebuah
jambatan, yang akan menghubungkan Daerah Temburong dengan Daerah Brunei
dan Muara.
Sejajar dengan tuntutan masa dan perkembangan global,
Beta dalam bidang ICT, juga telah memperkenankan peruntukan sejumlah
B$230 juta dibawah RKN Ke-10 untuk Kementerian Perhubungan melaksanakan
projek “Fibre-to-the-Home”, yang pada asasnya akan menyediakan infrastruktur jalur lebar yang menyeluruh.
Ini tidak syak lagi akan membawa kepada kemajuan Internet
yang lebih berkualiti yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Pada waktu
yang sama, kemajuan perkhidmatan ini juga akan turut mengangkat
daya-saing negara bagi menarik pelaburan asing.
Namun perlu pula
disedari, akan kesan-kesan buruk sampingan, yang boleh saja berlaku dari
penyalahgunaan alat canggih ini. Kerana itu sangatlah wajar untuk
diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkepentingan, supaya lebih
meningkatkan lagi keupayaan dan kewaspadaan dalam perkara-perkara
kawalan, pencegahan dan penguatkuasaan.
Turut sama berkewajipan
itu, ialah para ibu-bapa, guru-guru, masyarakat, pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan, dan lebih-lebih lagi para belia, sekaku pengguna
terbesar kemudahan ICT itu.
Ambillah langkah memanfa’atkan ICT itu dengan cara yang betul.
Kewajipan ini adalah kewaijpan semua. Kita mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara jatidiri kita, dengan calak MIB.
Kita
adalah bangsa yang membangun dengan undang-undang, pendidikan dan
akhlak yang baik, serta bergerak maju diatas landasan ajaran ugama yang
suci. Kita menawarkan persahabatan kepada semua warga dunia, sambil
memberitahu, bahawa kita juga adalah rakan yang baik, yang sentiasa
bersedia untuk menghormati sesiapa saja.
Demikian itulah pula,
kita mengharapkan, agar rakan-rakan juga berpendirian seperti kita dalam
menilai dan memahami aspirasi masing-masing, demi untuk keselamatan dan
kesejahteraan, sekalipun tanggapan kita adalah berbeza.
Bersukut
dengan 66 tahun keputeraan Beta ini, dengan segala kesyukuran, yang
akan melepaskan kita semua terutama Raja, dari dituntut oleh Allah
Ta’ala pada Hari Kandila kelak, maka Beta dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Pemurah, setelah meneliti dan mendapat nasihat
daripada Badan yang berkenaan, sukacita memaklumkan bahawa Beta telah
memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
untuk dilaksanakan di Negara ini, namun dalam pada itu, peruntukan sivil
atau ta’zir atau seakan-akan ta’zir akan terus juga diguna-pakai
mengikut keperluan.
Masih berkait dengan undang-undang. Kerajaan
Beta dalam menagani perbuatan-perbuatan curang, yang sepatutnya tidak
berlaku, seperti jenayah penyeludupan keluar minyak bersubsidi seperti
diesel, yang amat merugikan itu, tidak akan dibiarkan begitu saja.
Kerajaan Beta adalah tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang
bagi membenterasnya.
Sebagai sebuah negara yang berkerajaan,
Perkhidmatan Awam adalah jenteranya. Beta masih merasakan, bahawa
kecekapan pengurusan dan disiplin dalam Perkhidmatan Awam itu masih saja
tetap ditahap yang memerlukan peningkatan. Kemajuan kerjaya pegawai
yang menitik-beratkan kepimpinan, masih memerlukan perhatian.
Kerana
itu, sehubungan dengan ini, Beta telahpun memperkenankan satu kaedah
kenaikan pangkat yang digelar “Kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju”,
sebagai keadah yang bukan eksklusif, dan juga sebagai sebahagian dari
usaha dalam rancangan penggantian pegawai-pegawai Bahagian II keatas.
Keadeh ini dianggap mampu untuk merangsang pegawai-pegawai yang berprestasi tinggi, rajin dan komited.
Dalam
bidang kesihatan pula Kerajaan adalah tidak lalai untuk meningkatkan
skop dan kualiti perkhidmatan. Namun kes-kes penyakit tidak berjangkit
seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, jantung dan kanser,
terus saja meningkat dan bahkan ditahap yang membimbangkan.
Pada
hemat Beta, cara mencegah dan mengatasi penyakit-penyakit ini adalah
banyak bergantung kepada kesedaran dan keazaman setiap individu. Untuk
sihat, kita memerlukan disiplin gaya hidup sihat dan permakanan sihat.
Diantara gaya hidup sihat itu ialah rajin beriadhah. Sementara
permakanan sihat pula, ada dengan ketentuan-ketentuannya yang
tersendiri.
Dalam hal ini, ingin juga Beta melihat, sejauh
manakah sudah segala kempen atau promosi kita tangani, termasuk menilai
keberkesanannya secara empirical?
Kematian bukan saja
kerana penyakit, tetapi juga turut berlaku akibat kemalangan jalan raya.
Ini juga amat membimbangkan, kerana bilangannya terus meningkat.
Orang
ramai biasanya sangat berhajat kepada jalan raya yang berkualiti,
tetapi ramai yang tidak mengedahkan harapan Kerajaan untuk melihat,
supaya semua pengguna jalan raya juga mestilah berkualiti.
Walau macam manapun, setakat ini, Beta turut berpuas hati dengan pengenalan sistem demerit, yang dianggap berpotensi tinggi bagi usaha-usaha penggunaan jalan raya yang lebih berhemah dan selamat.
Didalam
arena antarabangsa pula, Beta juga sangat berpuas hati, kerana kita
dapat memainkan peranan untuk kepentingan bersama didalam pelbagai
bidang, khasnya bidang kerjasama serantau mahupun global, berasaskan
kosep berbaik-baik dan hormat menghormati serta tidak campur tangan
dalam urusan atau kepentingan masing-masing.
Pada tahun 2013,
insya Allah negara kita akan menjadi Pengerusi ASEAN dan juga tuan rumah
kepada Mesyuarat Kemuncak ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Akhirnya,
Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, termasuk
semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan
serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta diatas sumbangan dan
sokongan mereka kepada Kerajaan Beta.
Penghargaan yang
setinggi-tingginya juga Beta sampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa
Perayaan di kedua peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat
usaha yang gigih pada menjayakan Perayaan Ulang Tahun Beta tahun ini.
Beta
juga berdo’a semoga Negara Brunei Darussalam ini akan senantiasa kekal
aman dan makmur, dikurniakan limpah rahmat dan lindungan dari Allah
Subhanahu Wata’ala jua. Amin.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans(RM500,000 - RM10,000,000)
*Personal Loans.(RM10,000 - RM100,000)
*Business Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Investments Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Development Loans.(RM1,000,000 Above)
*Acquisition Loans .(RM10,000,000 above)
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans(RM500,000 - RM10,000,000)
*Personal Loans.(RM10,000 - RM100,000)
*Business Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Investments Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Development Loans.(RM1,000,000 Above)
*Acquisition Loans .(RM10,000,000 above)
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
ReplyDeleteI am a private loan lender which have all take to be a genuine lender i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%.i give out loan to public and private individuals.the maximum amount i give out in this loan is $1,000,000.00 USD why the minimum amount i give out is 5000.for more information contact us Email osmanloanserves@gmail.com
Your Full Details:
Full Name :………
Country :………….
state:………….
Sex :………….
Address............
Tel :………….
Occupation :……..
Amount Required :…………
Purpose of the Loan :……..
Loan Duration :…………
Phone Number :………
Contact Email osmanloanserves@gmail.com
$$$ URGENT LOAN OFFER WITH LOW INTEREST RATE APPLY NOW $$$
ReplyDeleteDo you need Loan to pay off your debt and start a new life? You have come to the right place were you can get FUNDED at a very low interest rate. Interested people/company should please contact us via email for more details.
Full name:
Date of birth (yyyy-mm-dd):
Gender:
Marital status:
Amount Needed:
Duration:
Address:
City:
State/province:
Zip/postal code:
Country:
Phone number:
Monthly Income:
Occupation:
E-mail: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
Apakah Anda membutuhkan Pinjaman Kami Adalah sah dan menjamin pemberi Pinjaman Kredit. Kami adalah syarikat DENGAN Bantuan Kewangan. Kami meminjamkan dana Kepada Individu yang membutuhkan Bantuan Kewangan, Yang Memiliki Kredit Buruk Atau membutuhkan uang Untuk TUNAI VISA VISA tagihan, Untuk berinvestasi Pada Bisnis. Boleh saya minta MENGGUNAKAN media ini kepada Untuk Memberitahu Anda bahwa Kami Memberikan Bantuan Penerima boleh membebaskan diandalkan SEBAGAI Kami Akan senang Untuk Menwap menawarkan Anda Pinjaman Hubungi Kami Melalui Email: hammers.credit@gmail.com
ReplyDeleteLayanan Yang Meliputi diberikan
* Hutang konsolidasi
* Pinjaman Bisnis
* Pinjaman Peribadi.
* Kredit Mobil
* Sewa pinjam Rumah
Mengarang Kembali JIKA Berminat DENGAN Tingkat bunga kami pada 4% per tahun. Hubungi kami Melalui Email: hammers.credit@gmail.com
Harap Koleksi Nota: Semua Individu Yang Berminat Harus Mengirim Pesan ke e-mel kami pada Untuk respon Mendesak dan rincian Untuk mendapatkan Pinjaman.
Salam Hormat.