Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Majlis Pertandingan
Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Bagi Tahun
1429 Hijrah/ 2008 Masihi Pada 24 Jamadilawal 1429 / 29 Mei 2008 Di
Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
MAJLIS PERTANDINGAN MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN BAGI
TAHUN 1429 HIJRAH/ 2008 MASIHI
PADA 24 JAMADILAWAL 1429 / 29 MEI 2008
DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi
Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,
Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,
Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita untuk terus mensyi’arkan Ialam selaku agam rasmi negara, yang kerananya kita terus beroleh keberkatan.
Pada malam ini kita muliakan lagi Al-Qur’an dan pembaca-pembacanya.
Tidak syak lagi, musim pertandingan di semua peringkat, merupakan perangsang kepada mereka yang ingin menyertai pertandingan dan juga mempelajari Al-Qur’an secara bersungguh-sungguh.
Kita berhasrat supaya setiap individu Muslim pandai membaca Al-Qur’an. Setelah pandai, kita berkewajipan pula untuk membiasakan diri membacanya, dan jika boleh, biarlah pada setiap hari. Sebab kita mahu supaya Al-Qur’an itu benar-benar bertakhta di hati sanubari kita. Kepentingannya cukup jelas, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang di dalam hatinya tidak ada sesuatu daripada Al-Qur’an adalah seperti rumah yang rosak.”
Sudah barang tentu kita tidak mahu perkara yang seumpama ini berlaku ke atas kita. Tetapi apa yang kita mahu, rumah kita itu kukuh dan cantik, bukannya rosak binasa.
Al-Qur’an adalah suluh. Ia akan membuat kita terjamin memperolehi kehidupan yang baik. Ia adalah pedoman untuk kita beroleh kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah di dalam Surah Thaha, ayat 2 tafsirnya:
“Tidaklah Kami menurunkan Al-Qur’an itu kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau susah sengsara, melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah dengan menjadikannya pedoman dan sandaran hidup).”
Jadi sehubungan itu, kita amatlah menyesali apabila Al-Qur’an didakwa menganjurkan ajaran yang mengancam keselamatan orang lain dan menghuru-harakan ketenteraman dunia.
Individu yang mendakwa sedemikian itu telah memetik beberapa potong ayat dari tiga surah dalam Al-Qur’an. Ayat-ayat tersebut ialah ayat 39 dan 60 Surah Al-Anfal, ayat 56 dan 89 Surah An-Nissa’ dan ayat 4 Surah Muhammad.
Dakwaan itu termuat dalam sebuah ‘filem dokumentari pendek’ dan disalurkan menerusi laman-laman web sehingga menimbulkan kontroversi yang meluas.
Individu ini cuba menimbulkan kesangsian terhadap Al-Qur’an, kononnya Al-Qur’an itu menggalakkan peperangan dan pembunuhan. Dia merujuk kepada beberapa contoh ayat-ayat jihad.
Tetapi tahukah kita, ayat-ayat yang dipetik itu adalah tidak lengkap, di mana yang masih berkaitan dengan ayat sebelum atau selepasnya telah ditinggalkan atau tidak disebut. Padahal, ayat-ayat itu perlu dibaca berurutan bersama ayat-ayat sebelum atau sesudahnya, di samping juga mesti mengambil kira hubungan-hubungan khusus ayat, jika ada.
Banyak ayat dalam Al-Qur’an yang tidak wajar diputus-putus atau diambil sebahagiannya sahaja tanpa melihat kepada hubungan ayat itu dengan ayat-ayat sebelum atau sesudahnya, seperti contohnya ayat 4 dalam Surah Al- Ma’un yang berbunyi Fawailul lilmusallin tafsirnya:
“Maka celakalah orang-orang yang sembahyang.”
Jika kita membaca ini sahaja tanpa menghubungkannya dengan ayat lain sesudahnya, nescaya kita boleh sahaja beranggapan, bahawa ibadat sembahyang itu adalah tidak bagus, malah mesti dijauhi kerana ianya membawa kecelakaan. Adakah ini betul? Jawabnya: Sekali-kali tidak!
Tetapi bila mana kita membaca ayat tersebut dan menyambungnya dengan ayat lain sesudahnya, maka barulah kita tahu bahawa orang sembahyang yang dimaksudkan celaka di sini ialah orang yang sembahyang dengan lalai, yang menunjuk-nunjuk supaya dipuji orang dan yang menahan zakat atau bantuan.
Jadi beginilah caranya Al-Qur’an itu dilihat, diperhati dan diselami perutusan serta pengajarannya, bukan dengan memotong-motong atau meringkas-ringkas bagi tujuan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam.
Apa pun juga, kita umat Islam sedia menyedari, bahawa segala tohmah atau tuduhan terhadap Islam, khasnya Al-Qur’an, memang tidak akan berhenti. Ia adalah seperti telah menjadi ketentuan Allah, untuk menguji kesabaran dan kebijaksanaan kita.
Yang penting, keimanan kita janganlah goyah, malah semakin lebar tohmahan-tohmahan itu, semakin kuat pula kita memelihara Islam dan segala macam warisan yang kita anggap mulia.
Salah satu warisan itu ialah Al-Qur’an. Semua kita khasnya generasi muda, janganlah mengabaikan Al-Qur’an. Pelajari ia. Baca dan amalkan ajaran-ajarannya. Rebutlah semua peluang dan kemudahan yang kita ada untuk mempelajarinya.
Inilah satu langkah paling wajar lagi bijak, sebagai jawapan kita kepada pihak-pihak yang cuba memanipulasi ayat-ayat Al-Qur’an bagi tujuan-tujuan mereka yang tidak bertamadun.
Sekian sahaja, untuk akhirnya, beta sukacita mengucapkan tahniah kepada semua peserta peringkat pertandingan, khasnya mereka yang sampai ke peringkat akhir kebangsaan ini. Ketentuan siapa yang menang telah pun ada dan akan diumumkan sebentar lagi. Beta berharap semua mereka akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu bacaan masing-masing, sehingga ke tahap yang kita cita-citakan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment