Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi
2006.
TITAH PERUTUSAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2006
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2006
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya, sehingga
dapat kita memasuki tahun baru Masihi 2006 dalam suasana aman dan sejahtera.
Keamanan dan kesejahteraan adalah kurnia
paling berharga bagi sesuatu bangsa. Tanpa keamanan dan kesejahteraan,
kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
Sebab itu, usaha memelihara keamanan dan
kesejahteraan ini hendaklah menjadi agenda kita yang utama.
Seperti lazimnya, setiap tahun baru itu
akan menghidangkan berbagai cabaran, yang memaksa kita untuk menggandakan
kewaspadaan. Dari tahun 2005 sampai membawa kepada tahun 2006, dunia akan terus
dihantui oleh ancaman-ancaman wabak, khasnya wabak selesme burung.
Alhamdulillah, kita di Brunei ini telah
terlepas daripada ancaman wabak tersebut. Ini adalah berkat doa rakyat di
samping langkah-langkah biasa oleh pelbagai pihak.
Kita tidak wajar memandang ringan sebarang
wabak, kerana ia datang adalah di luar dari kehendak manusia. Ia bukan terjadi
hanya pada hari ini sahaja, malahan semenjak sekian lama lagi. Misalnya, virus
influenza itu pernah menyerang dalam tahun 1918 yang membunuh sampai puluhan
juta jiwa manusia di seluruh dunia.
Inilah makanya, beta sendiri amat
mengambil terhadap ancaman ini. Beta mahu semua pihak mengambil langkah-langkah
kehadapan sebagai persiapan menghadapi
apa jua kemungkinan.
Itulah juga yang mendorong Beta supaya
satu Jawatankuasa Kebangsaan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Paduka
Anakanda, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,
khususnya untuk menangani ancaman tersebut.
Dari segi lain, seperti dunia
keseluruhannya, kita juga di Brunei tidak terlepas dari menghadapi
cabaran-cabaran perekonomian. Kerana itu sebagai menyahut cabaran tersebut,
Kerajaan beta akan meneruskan langkah pada mempelbagaikan ekonomi negara, di
samping berusaha menambahkan lagi sumber pendapatan sektor swasta.
Objektif aktiviti-aktiviti perekonomian
sektor swasta bukan sahaja untuk menguatkan sektor berkenaan, tetapi juga
adalah mampu untuk menyediakan lebih banyak lagi peluang-peluang pekerjaan bagi
anak-anak tempatan.
Menyebut mengenai pekerjaan ini, ia
mengingatkan kita kepada soal pengangguran adalah musuh negara yang paling
rumit dihadapi, di mana kesannya juga boleh menggugat kestabilan sosial.
Kerana itu, Kerajaan Beta tidak akan
berhenti dari mencari jalan - melalui
pelbagai usaha - ke arah mengatasi pengangguran, termasuklah peluang-peluang
pekerjaan baru. Dengan adanya peluang-peluang ini nanti, akan mengurangkan pula
pergantungan kita kepada pekerjaan-pekerjaan di sektor awam.
Kita tidak boleh selamanya berada di takok
lama. Kita mesti meneroka jalan-jalan baru, khasnya di bidang-bidang pekerjaan.
Lagi banyak taburan pekerjaan dapat diceburi lagi baik, menandakan kita bangsa
yang kreatif. Hanya bangsa yang kreatif sahaja yang layak mewarisi tamadun dan
kemajuan.
Akhir kalam, Beta ingin mengambil peluang
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat
dan penduduk di atas sokongan dan ketaatan mereka kepada Kerajaan Beta.
Kepada semua peringkat dalam perkhidmatan
awam Kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan dan sektor swasta, Beta juga tidak
lupa merakamkan penghargaan di atas sumbangan tulus ikhlas mereka pada
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Dengan hati yang jernih, Beta serta
keluarga Beta sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2006 kepada
seluruh rakyat dan penduduk di negara ini.
Beta berdoa, semoga kita dan negara
sentiasa mendapat perlindungan Allah, beroleh keselamatan, kemakmuran dan
kebahagiaan.
BetMGM Casino Review 2021 | Get up to $30 FREE for 2021
ReplyDeleteBetMGM is an online sports betting and gaming platform 김천 출장안마 which has over 15,000 markets in the United States. Learn more about 익산 출장안마 BetMGM 메이피로출장마사지 casino 여수 출장샵 and 안산 출장안마 get the