TITAH
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGARA TAHUN 1427 HIJRAH
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGARA TAHUN 1427 HIJRAH
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS
Pada
17 Ramadan 1427
/ 9 Oktober 2006
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
Beta bersyukur kerana dapat hadir di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ini.
Al-Quran adalah wahyu Allah yang mengandungi pelbagai pengajaran dan ilmu.
Al-Quran sangat memandang tinggi kepada orang-orang yang berilmu. Nabi
Adam ‘Alaihissalam dikurniakan oleh Allah dengan pelbagai ilmu, sehingga
menjadikannya dihormati oleh para Malaikat dengan izin Allah. Kemudian baginda
juga telah diberikan tugas selaku khalifah di muka bumi.
Inilah kehebatan ilmu.
Sebagaimana Nabi Adam ‘Alaihissalam memiliki ilmu, maka keturuan Baginda
juga adalah semestinya begitu. Anak-anak kita orang Islam, lebih-lebih lagi
perlu berilmu. Kerana hanya dengan ilmu sahaja, kehidupan besar dan maju, baru
akan menyerlah.
Umat yang kurang ilmu adalah umat yang layu.
Jadi menyedari kepentingan ilmu ini, kerajaan beta telahpun menyediakan
pelbagai kemudahan dan galakan. Janganlah disia-siakan kemudahan-kemudahan itu.
Capailah kejayaan sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya. Pilihlah
jurusan yang sesuai dengan bakat dan
kebolehan. Tingkatkan kualiti dengan banyak berlatih dan beramal.
Kita semua tahu, Al-Quran adalah wahyu Allah. Ia menerangi segalanya.
Sesiapa jua yang membaca, yang menghafal atau yang beramal dengannya akan
mendapat cahayanya.
Cahaya Al-Quran sama sekali tidak sama dengan lain-lain cahaya. Cahaya
Al-Quran hanya akan runduk di hati yang bersih dan di jiwa yang luhur. Kerana
itu umat Islam perlulah memiliki hati yang bersih dan jiwa yang luhur.
Sehubugan dengan para peserta Peraduan Menghafas Ayat-ayat Suci Al-quran
dan Surah-surah Pilihan, mereka itu pada khususnya adalah lebih utama untuk
menghayati prinsip bersih dan luhur ini, kerana hafalan yang mantap dan rakat
adalah banyak bergantung kepada faktor
bersih dari segi syarak. Termasuklah makan minum yang bersih yakni halal.
Lebih jauh lagi mengenai kebersihan ini, ialah ‘niat yang bersih’ atau
yang baik. Ia adalah mahkota segala pekerjaan.
Kerana itu, kita usahlah terlibat dengan sebarang ‘niat buruk’ terhadap
sesiapa juga, walaupun orang lain ada berniat tidak baik kepada kita.
Agama kita yang suci telah menyuruh membalas kejahatan dengan kebajikan,
dengan harapan, kebajikan itu dapat mengubati kejahatan.
Apabila kita berpegang kuat kepada prinsip kebajikan ini, insya-Allah
kita akan dikasihi oleh Allah, sebgaimana ditegaskan-Nya dalam surah
al-Maa-isah , ayat 13, tafsirnya :
“Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berusaha membuat kebajikan.”
Kita di Brunei, sudahpun nampak kasih sayang Allah itu melimpah-ruah.
Kita telah menikmatinya semenjak sekian lama lagi berupa keamanan, keselamatan
dan kemakmuran.
Semua ini adalah berkat kebajikan yang terbit daripada niat baik semua
peringkat, terutama ddi kalangann orang tua-tua kita yang menjadi pengasas
kepada kebajikan-kebajikan yang ada.
Mereka itu dikenang, dan akan terus dikenang. Kerana di antara sekian
ramai warga tua itu, tentu sahaja terdapat sekian ramai pula mereka yang
berjasa kepada negara.
Oleh itu, sebagai mengenang jasa ini serta juga sebagai tanda, yang kita
tidak pernah melupakan mereka, maka satu skim pencen telah diperkenalkan sejak
sekian lama, yang diberi nama ‘Pencen Tua’.
Negara tidaklah pernah merasa rugi atau kekurangan dengan pengurniaan
pencen ini, malah sebaliknya, menjadi sumber berkat memantapkan lagi kemakmuran
negara.
Maka kerana ini, sebagai tanda bersyukur kita dan negara, beta dengan
sukacita mengumumkan kenaikan bagi kadar-kadar pencen umur tua dan elaun-elaun
yang dibayar di bawah Akta Pencen Tua dan Hilang Keupayaan. Kenaikan ini
berkuatkuasa mulai pada 1 haribulan Oktober 2006.
Butir-butir mengenainya akan dimaklumkan melalui Surat Keliling Jabatan
Perdana Menteri yang akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi.
Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment